31 January 2013
18 January 2013
17 January 2013
PENYERAHAN SURAT JEMPUTAN RASMI
Penyerahan surat jemputan rasmi telah diserahkan oleh Sdri V. Shasha, Setiausaha Eksekutif Pakatan Rakyat Perak bersama Sdr Safarizal, Lajnah Penerangan PAS Perak, Sdr Howard Lee, DAPSY Perak dan Sdr Dan Adriel, Unit Penerangan DAP Perak kepada En Syed dari Bahagian Penerangan UMNO Perak. En. Syed telah menerima surat ini.
Beliau menyatakan bahawa jawapan akan diberikan secepat mungkin selepas diterima daripada YB DS Dr Zambry.
SIDANG MEDIA - DEBAT DARUL RIDZUAN
IPOH: Pakatan Rakyat Perak mencabar pimpinan BN Perak yang diketuai oleh Menteri Besar, Dato’ Dr Zambry Abd Kadir untuk berdebat dalam beberapa isu yang dibangkitkan.
Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abd Malik berkata, ini berikutan fitnah yang dilemparkan oleh BN yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memberikan sejumlah tanah kepada pimpinan DAP Perak iaitu Dato’ Ngeh Koo Ham.
Katanya, debat yang diberi nama “Debat Darul Ridzuan: Nik Aziz Rasuah Ngeh Koo Ham, Zambry Buncitkan Kroni- Siapa Berdusta?”.
Jelas beliau, program tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 23 Januari ini dan akan menjemput wakil daripada BN.
Khairuddin berkata, pihaknya akan menghantar surat jemputan kepada BN Perak dalam masa terdekat dan berharap mereka dapat menghantar sekurang-kurang 2 wakil untuk merungkai segala dakwaan dan isu-isu kepentingan rakyat Perak yang dilontarkan.
Kata beliau, terdapat banyak pendedahan yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat khususnya Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak baru-baru ini.
Ujarnya, sehingga hari ini pendedahan khususnya melibatkan isu tanah yang dibuat tidak direspon oleh BN.
Tegas beliau, BN khususnya Umno terus memainkan isu kononnya DAP menerima tanah daripada Kelantan sebagai imbuhan untuk melantik Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.
“Ianya telah dijawab oleh para pimpinan namun fitnah tersebut terus dimainkan Umno.
“Kami cabar mereka mengulangi tuduhan tersebut di luar dewan dan sahut cabaran untuk berdebat,” kata beliau dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, baru baru ini.
Ditanya jika cabaran tersebut tidak disahut oleh BN, beliau berkata, pihaknya akan teruskan program tersebut namun beliau berharap BN berani berhadapan dan bertanggungjawab dengan segala dakwaan mereka.
Dalam perkembangan berkaitan, Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Tambun menjelaskan, Pakatan Rakyat Perak akan mengadakan ‘roadshow’ isu penyelewengan tanah di Perak oleh kerajaan BN era Dr Zambry Kadir bermula 23 Januari ini hingga pilihanraya.
“Kami juga akan membina laman sesawang atas tajuk ‘Tiada Tertinggal, Tiada Tercicir’, Jom Selamatkan Perak, jelasnya lagi.
10 January 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)